Monday, March 18, 2013

3 Bulan Sudah..

dah 3 bulan bekerja di ofis baru. perasaan itu masih samar-samar. antara suka dan sebaliknya. yang pasti hati aku masih tertinggal di ofis lama. bukan ofis lama tp berada di negeri sendiri dan paling tepat dekat dgn anak sendiri. my lil princess yg semakin hari semakin byk ragam dan keletahnya. izz zara delisya.. kamu comel di mata mama. skrg mama terbayang2 kamu joget gangnam style dgn tangan kamu yg bersilang. bontot terhenjut2.. comel. kalau merajuk buat2 nangis xda air mata pun cari tempat landing dekat dinding sambil mate tengok ade org dtg pujuk or not.. heheh.. awak sangat cute ok buat mcm tu.

dari soal kerja pulak. kat sini terlalu santai compare dgn ofis lama yg mcm org gile yg tak penah habis keje. kadang2 bile tak de kerja aku rase bosan. rase mcm, terpaksa berpura2 ade keje sedangkan mmg tak de keje nak buat. bile ade keje, rase mcm senang sebab bende yg dah biase buat. technician pun tak de keje. slalu aku perhatikan diorg ni main game, tgk youtube or watever yg bukan keje. kalau ade pun mereka buat filing surat or 5S. thats all. cukup bulan cucuk ATM kluar duit. as simple as that.

kadang2 aku terpikir untuk cari kerja lain. kerja dgn kerajaan negeri melaka. aku dah print borang. tapi masih jugak tak berisi. rase sayang nak tinggalkan keje skrg. yang dah sebati dengan jiwa aku. maybe next year sudah naik pangkat. lagi rase sayang kalau ke jabatan lain dimana akan hilang seniority tu. atau masih kekal dengan J41 ntah utk berapa lama lagi. tp bila soal keluarga, segala-galanya perlu dikorbankan. sekarang ini maybe ade seorang anak yg perlu diberi perhatian. mane tau akan datang ade lagi rezeki yang Allah kurniakan pada aku. sampai bila aku nk teruskan hidup macam ni. ulang alik setiap hari. jumpa mereka waktu malam sahaja. Tak sanggup aku. sekarang ini masih kecil. macam mana pulak kalau dah bersekolah. lagi payah. tak kan semuanya nak ditolak kepada suami. ini tidak adil.. 

Aku selalu berdoa. moga Allah permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga. merancangkan yang terbaik untuk kami. jika perlu berkorban, hamba mu ini menerima dengan hati yang terbuka. 

terima kasih sekali lagi atas rezeki yang Kau berikan kepadaku. semoga diberi kesihatan yang baik untuk aku terus menjalani kehidupan di bumi-Mu ini. ok. sudah mau pergi meeting. jumpa lagi dilain kali.. daa...