Tuesday, October 6, 2009

After 5 Years.

Salam.

Finally dibulan Syawal pada tahun ini kami bertemu kembali setelah hampir 5 tahun menyepikan diri..

~ Julie+Geeah+Yatie ~

Diorang ini adalah kawan saya semasa bersekolah asrama dulu. dioranglah kawan baik saya. Dua tahun saya satu bilik dgn diorg. Selalu je buat saya tersenyum dan tergelak berguling-guling masa kat dalam dorm dulu. erm.. bahagianya la masa tu. tp ade satu moment yg tak boleh saya lupekan.. saya dan Geeah kene denda cuci toilet asrama 4 tingkat tgh2 malam sebab fly asrama. dah la esok tu ade paper math (spm). Gile la.. nasib baik x kantoi exam..


Bila difikir kembali, nakal sungguh saya ni mase sekolah dulu.. belum lagi saya cerita kene jalan itik dari padang ke asrama, kene kejar dgn pengetua, kene denda dalam class sebab ponteng class then tido dalam toilet, ponteng prep menyorok dalam locker.. fly asrama x yah nak bgtau la.. mmg hebat bab2 fly ni.. erm... banyaknya kenangan saya masa asrama dulu.. Harap2 anak saya nanti tak ikut perangai ibu dia.. hehehe..

~ ibu-ibu(kecuali saya) dan anak-anak ~

Tapi sekarang, masing2 dah ada haluan sendiri yang perlu dilalui dan diharungi. Semoga alam rumah tangga mereka berjalan dengan lancar dan bahagia hendaknya..

Friday, September 25, 2009

Seminggu Beraya


Pagi raya pertama, as usual bermaafan diantara satu sama lain.. pastu sesi makan2.. after that pegi masjid untuk solat Aidilfitri.. lepas tu baru balik kampung jumpa nenek and sedara mara.. kampung saya tak jauh pun.. kat Melaka jugak.. senang je.. tak payah nak gaduh2 nak balik raya mana..



Hari raya kedua pulak, my big family sebelah mak n ayah datang mkn kat rumah.. dari pagi sampai ke mlm asik duduk kat dapur memasak tak abis-abis.. umah saya yg kecik ni penuh dgn sedara mara saje.. bila malam terasa mcm kaki ni nak tercabut..

Raya ketiga pulak, sepupu saye bertunang.. cikgu same cikgu. Kedua-duanya mengajar kat Sarawak.. bagus sangat la kan... memang lagi susah la nak balik Semenanjung.. tp saye suka wang hantaran dia.. RM11,111.11. Mas kawin pulak RM1,111.11. erm.. mcm best je bunyik nye.. saya pulak berape ekk nanti?? hehehe..

Raya keempat pulak asik pegi open house.. raya kelima saye pegi Batang Melaka dan Gemas. raya umah mak sedara.. konvoi 10 bijik krete.. walaupun penat drive, terase berbaloi dan meriah.. dah lame x konvoi mcm ni...


Hari raya keenam, tolong makcik saya memasak kat umah dia. dia nak buat open house & aqiqah keesokkan hharinya. tumbang seekor lembu.. macam buat kerja kawin pulak..

hari raya ketujuh iaitu hari ini, saya pegi open house makcik. lepas terus balik dan tgk tv sambil tertido.. keletihan.. puas rasanya dapat tidur dan berehat sebentar..


Sekian sahaja untuk kali ini.. Bersua kita di lain hari..

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Salam.

Sudah masuk hari ke-2 umat Islam menyambut Aidilfitri. Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Ampun dan maaf andainya diri ini terkasar bahasa dalam bicara, tersilap bicara semasa bersama, termarah yang tidak kena tempatnya, tertanya tidak tentu hala, tersasul yang tidak sengaja, terpukul kat mana-mana, terpekik kuat di telinga, terhantuk terketuk di kepala, terpinjam terambil harta & benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila ada cerita, teremail benda yang tak sepatutnya diterima dan .. Di hari yang mulia ini, dengan segala kekurangan dan kerendahan hati, sepuluh jari saya hulurkan, memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana saya masih bernama manusia pastinya tidak lepas dari membuat dosa. Semoga dimaafkan atas segala kesilapan saya.