Monday, October 22, 2012

puting beliung.jpg


puting beliung.jpg, originally uploaded by nuryatie.

Semalam rumah mak saya telah dilanda puting beliung. Habis atap rumah tercabut dan pecah. Paip air dari main supply pun patah. air masuk dlm rumah, habis banjir 1 rumah. Kecian. Jiran mak, lg kecian. umah dia 2 tingkat. Tingkat atas habis runtuh dan berkecai. Tinggal aras bawah sahaja.Menangis x berlagu. Nasib baik xde nyawa yg terkorban.

Saya masih ingat. Semalam mase saya ondaway balik dari PD sy nampak langit terbahagi kepada dua, atas sgt gelap dan bawahnya cerah. Ditengah2 tu kelihatan seperti puting beliung berwarna hitam dari kawasan langit yg gelap jejak ke bumi. Sgt besar. Sgt mengerunkan. Hati sedikit berdebar. Berdoa moga tiada musibah melanda kami. Hujan yg turun pun agak pelik. Seperti hujan melintang. Hanya segaris shj yg hujan. Bila berdiri sebelah hujan, sebelah lg masih kering. 

Pg td japerun kesidang dtg dgn datuk bandar. Tgk rumah2 yg ditimpa puting beliung. Mak pun dh buat report polis. Dh isi borang dan dh serah pd pihak japerun utk diambil tindakan. Moga2 mak diberi bantuan yg sepatutnya. Skrg tgh kemas2 rumah. Atap pun dh ditutup buat sementara waktu. Skrg tunggu siling kapur betul2 kering. Takut runtuh pulak. Gambar dibawah hanye sebahagian. Ada yang lagi teruk. Ok la. Nk sambung kemas. Hari ni saya EL. Nasib baik bos x byk tanye. Ok.Bye2.

No comments: