Sunday, December 30, 2012

End of 2012

salam..

tak sangka esok adalah hari terakhir tahun 2012.dan rasa tak sanggup mahu tinggalkan esok hari. aku pasti akan rindukan segalanya. segala yang ada disekeliling aku sekarang. suami, anak, keluarga dan sahabat.

Allah berikan aku terlalu banyak rezeki tahun ini. dengan kehadiran puteri sulung; Izz Zara Delisya, kenaikan gaji, rumah untuk kami berteduh, dan kasih sayang serta kebahagiaan yang terucap. Terima Kasih Allah.

tahun 2013, skali lagi aku akan berkhidmat di negeri orang setelah hampir 4 tahun aku berada pada tahap yang terlalu selesa. selesa dari segi kerjaya yang agak bagus, rumah yang terlalu dekat dengan pejabat, makan yang tak perlu dipikirkan, dan yang paling penting melihat si anak membesar depan mata dengan tiada halangan.

penghujung tahun 2012, aku dah terima surat arahan untuk berpindah tempat kerja.. perkara itu la yang amat aku tak suke. tak sanggup nak tengok surat pink tu.. nak tak nak terpaksa jua aku berpindah. hebat betol reshuffle bulan ni. besar-besaran. nasib baik aku ditempatkan di JKR cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. bukan di Kader menjadi pegawai pinjaman di kementerian lain. Syukur Alhamdulillah.

dan 2013, bermula episod BERKORBAN. berkorban masa, tenaga, dan segalanya. terpaksa bangun di awal pagi untuk naik bas pukul 5 pagi. berkorban tenaga yg lagi hebat untuk ke site di serata Malaysia. ketinggalan akan tumbesaran anak yang dikasihi. fuhhh.. terlalu banyak untuk dinyatakan. terlalu menguji kesabaran.

tahun hadapan aku rasa nak cuba cari pekerjaan yang tak memerlukan aku berpindah randah. aku akan cuba. kalau tak, aku cuba buat apa saja yang boleh membantu suami dan juga untuk diri sendiri. kalau tak jugak, jdk full House wife la.. tak pun jdk cikgu taska la nampaknya..

semoga tahun hadapan, Allah permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga dan dimurahkan rezeki yang tak putus-putus serta kesihatan yang baik. selamat tahun baru diucapkan kepada semua sahabat.

-travel utk tahun ini cuti-cuti malaysia walaupun x dpt pegi pulau perhentian, tetap gak aku enjoy. bukit gambang, cherating, terengganu, langkawi, taiping, tambun, cameron, pengkalan hulu, kedah, penang-

No comments: