Tuesday, August 25, 2009

Memori di Bulan Ramadhan..

Hari ini masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa.. Ramadhan pada tahun ini sangat bererti buat saya di mana ianya tidak seperti Ramadhan yang lepas².. Alhamdulillah.. Akhirnya pada Ramadhan kali ini dapat jugak saya berpuasa di rumah ibunda tercinta setelah sekian lama merantau di tempat org.. hampir 10 tahun saya tidak berpuasa di rumah emak.. kalau balik kampung pun sekali sekala je.. itu pun time weekend je..

Teringat mase berpuasa di zaman belajar kat Uniten dulu.. bila petang je pegi bazaar Ramadhan kat Bangi.. Tawaf ntah berape kali lepas tu baru la beli ape yg terliur.. Bile berbuka masing2 buat muka yang tak puas hati sebab tak sesedap seperti yg dibayangkan.. saya seperti biase senyum je la sambil menambah² sikit ngomelan esspecially dr Ash.. Ash sangat sensitif tentang makanan.. kalau x sedap makne mmg tak sedap la.. bila dah bosan cari juadah berbuka puasa di bazaar, pegi food court pulak.. tropic corner n Alamanda.. tak pun pegi makan kat kedai sup gearbox.. order sup ekor 1.. ermm sedapnya.. kat situ je la yg sesuai ngan cita rasa kitorg ini.. kalau rasa² nak makan free pegi la kat masjid Putrajaya tu.. kompem mmg sedap punye.. complete ngan fruit skali... Bila sahur lak kitorg makan nasik dengan sambal goreng ikan bilis (ntah berape kilo) yg selalu aku buat and sambal goreng cili api yg Oleen buat.. simple je.. just makan untuk mengalas perut je.. kadang² makan maggie gak.. (shila, ko rindu tak ngan sambal goreng aku tu?? hehehe) 5 tahun saya berpuasa di sana.. Kalau pasal makan tu dah tak kisah lg.. makan je apa yang ada.. sebab saye tau makanan tu takkan sama mcm masakan yg mak saya buat.. sangat sedap!!!

Zaman keje lak saye bermastautin di Seremban.. Tahun pertama berpuasa ok lg.. sebab housemate saya berbuka bersama².. kecuali Cikgu tu.. dia punya kitaran masa berbuka lain sikit dari kitorng.. So, kitorg abaikan je la dia tu.. Masuk tahun ke-2, dah borink.. sebab dah tak de kawan lg.. tinggal saya berdua je kat rumah tu.. seperti biasa cikgu tu dengan agenda tersendiri di mana saya tak boleh nak join.. Nasib baik IWK ni penuh ngan jemputan berbuka puasa di Hotel².. Memandangkan saya ni single, so senang je kan nak join... takde la saye berbuka sorang²..

Mase kat IWK dulu, bila time puasa je memang malas nak g site.. kalau pegi pun pagi je.. sebab tak panas kan masa tu.. tp, ada sesuatu yg selalu buat saya terkenang dan takkan saya lupakan sampai bila² selagi memori kecil ini mampu bertahan mengingati detik² itu.. Saya tak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.. Ni semua pasal take over new plant kat Lenggeng.. Dah la buat time tengah hari.. panas terik.. perghh.. tak tahan.. kering tekak ni.. rasa nak pitam pun ada sebab x makan pagi.. Lepas je take over plant tu, balik terus singgah pekan Mantin.. tak tahan tengok air tebu tu.. last2 dengan selambenye saya pegi beli air tu.. siap suruh ikat tepi lg.. haha.. serius mmg x tahan.. ingatkan saya sorang je yg tahan.. rupenya ada 2 org mamat yang ntah mane dtg (staff iwk gak) sedap je suruh saya tambah lg 2 bungkus.. saye mamandang dengan penuh konpius.. tp still order gak.. diorg pun join saya tak puasa.. apa nak jadik saya pun tak tau la.. tp saya tak puasa pun sbb masalah wanita tau.. jangan salah tafsir pulak.. malam tu masa berbuka puasa di Hotel kitorang join je.. muka mcm puasa kan.. padahal.. hampeh!!! makan mengalahkan org yg berpuasa.. hehehhe... walau apa pun saya akan tetap rahsiakan siapakah 2 org mamat tu.. heheh..

Sunday, August 23, 2009

Hamba ini mengharapkan setitis air cintaMu.

Bermonolog dengan penggunaan bahasa 'aku'.. sekadar meluahkan ape yg terpendam..

Sebenarnya tiada apa yang ingin aku titipkan, namun disebalik ketiadaan itu seperti ada sesuatu yang sepatutnya jari jemari ini sudah lama menaipkan sesuatu yang mungkin ada manfaat disebaliknya untuk semua sahabat-sahabatku....

telah berulang kali aku membaca Firman Allah ini dan cuba aku hayatinya serta renunginya..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(al-baqarah:286)

Perjalanan kian jauh namun hakikatnya sudah hampir ke destinasi akhir usia, usia aku hari demi hari kian berlalu pergi. Di manakah aku? Sesungguhnya ku yakini bahwa Allah tidak membebankan sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Pertemuan dan perpisahan adalah suatu ilmu untuk ku kutip. Dalam perjalanan mencariMu ya Allah, aku hampir tewas dan kini merayu syahdu di pinggir doaku, agar ada waktu yang tersisa ini dapat ku atur untuk hampir padaMu. Aku akui kelemahan diri ini ya Allah, aku benar-benar lemah, tolonglah aku ya Allah! Di saat aku berdiri teguh di sisi sahabat dan keluarga, rupa-rupanya didepan-Mu, aku umpama mawar layu kekeringan. Mawar yang kekeringan air cintaMu, berikan aku sedikit air cintaMu. Sesungguhnya hambamu ini dahaga di padang pasir duniawi. Ya Allah, kurniakan aku sahabat-sahabat dan pendamping hatiku insan-insan yang mendekatkan ku kepada-Mu..

Perpisahan itu juga sebuah ilmu untuk saya. Sahabat, perpisahan adalah sebuah memori, walau entah dengan siapa kita pernah memberi dan menerima kenangan itu. Tapi yang pasti.... bagi siapa yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku, akan ku abadikan ia sebagai lakaran sebuah lukisan ujian dari Allah buat diri ini. Sedikit pun tak pernah terlintas difikiran ini akan melukiskan sebuah kenangan yang tragis, penuh emosi, penuh kekecewaan, pengorbanan yang tak berbalas, cinta yang tidak kesampaian, hidup yang tersia-sia, kesetiaan yang tak dihargai..

Di manakah aku ya Allah? Apabila aku kutip semula Firman di atas... di dalam ayat-ayatMu memberikan aku jawapan atas semua ini, di sebalik semua itu air mataku menjadi kekeringan. Walau air mata ini hakikatnya sudah tiada lagi, yang ada hanya air mata di hati yang tak terlihatkan. Doa kudus ku berikan dari jauh untuk semua insan di luar sana. Semoga rahmat Allah memayungi hati kita. Membuka hati-hati agar lebih kenal akan cinta Allah dan dunia yang cuma sekadar alam fana ini

Wahai diriku, bersabarlah..janganlah berputus asa dalam kehidupan ini. Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat lehermu. Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan mungkin Allah akan menggantikan engkau sesuatu pengganti yang lebih baik. Allah tahu, tetapi engkau tidak tahu apa yang ada di depanmu. Kesatlah air matamu itu, gantikannya dengan senyuman penawar hati di setiap musibah itu. selalulah menyebut Alhamdulillah....Wahai diriku, Allah sayang padamu, dia tahu apa saja keburukan dan kebaikan untukmu, jadi terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu. Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu dan itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu ketetapan.

Ya Allah, adakah aku ini terlalu jujur, terlalu baik, terlalu setia, terlalu memberi, terlalu menerima seadanya, terlalu sabar dengan apa pun yang manusia lemparkan padaku, terlalu simpati dan terlalu mudah memaafkan...namun tiadakah sedikit kebahagiaan buatku. Kusedari diri ini penuh dosa, penuh kesalahan dan kekhilafan. Setiap waktu ku ingin insafi diri...ku sedar ku tak layak utk syurgaMu, namun kuharapkan mahgfirah dan kasih sayangMu selalu ada dihatiku. Ya Allah, Adakah kerana kebaikan itu aku tak mampu memiliki secebis kebahagiaan dalam hati ini. Aku cuma inginkan sedikit dan setitis kebahagian itu akan terbit utkku satu hari nanti. Walau setitis cuma, aku amat menghargainya wahai Pencipta hati.

Wahai Pencipta hati, daku redha akan takdirMu. Di sebalik ini semua aku bersyukur padaMu Ya Rabbi. Syukur ku panjat atas segalanya. Aku kini mengerti... sifat sebagai hambaMu, aku sekadar berusaha, sabar... dan jangan sekali berputus asa, segala natijah dan keputusan hanya Allah yang berhak memutuskan dan mengetahui yang terbaik untuk diri setiap manusia. Jalan terakhir hanya berDOA. DIA Maha Tahu apa yang berlaku dihadapan sana. Cuma... bagaimana kita ingin menghadapi dugaan hati selepas sesuatu hajat kita tidak kesampaian. Ya Allah! Lemahnya diriku ini rupa-rupanya.

Buat insan yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku atau bersama insan-insan lain, sesungguhnya kenangan suka atau duka itu adalah sebuah ujian dari Allah utk hati kita. Segala emosi yang lahir adalah merupakan dugaan untuk hati. Kekadang saat kita teruji syaitan telah memainkan jarum memarakkan suasana, dan di saat itu kita terlupa.

Astaghfirullahal'azim..sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Wahai diriku, janganlah kecewa atau putus asa, orang beriman apabila terlupa ia akan segera kembali kepada Tuhan, itulah fitrah kejadian manusia....jadikanlah esok adalah hari yang terbaik untuk ku bina hati yang baru bersamaMu.

Pesanan ini adalah peringatan untuk diri ku ni...
"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi."

Friday, August 21, 2009

Sometimes Kita Tak Perlukan Irama Dalam Nyanyian..

Dalam diri kita telah dijadikan hati…dalam hati kita telah dijadikan perasaan dan dalam setiap perasaan diciptakan naluri yang berbeza..mengapa harus manusia mempunyai perasaan dan mengapa harus naluri tiba-tiba muncul ketika kita berfikir..ini kejadian yang Maha Pencipta..Allah memberikan kita kelebihan lebih dari ciptaanNya yang lain iaitu hati dan perasaan..tapi masih ada lagi makhluk lemah ini yang masih belum sedar bahawasanya mereka ini sangat istimewa berbanding makhluk-makhluk yang lain..masih lagi berlagak..masih lagi dengki..masih lagi belum sedar antara baik dan buruk kelakuan mereka..

Di sini saya bukan mahu berceloteh atau mengadu tetapi saya telah sedar yang kita ini sebenarnya tersangatlah lemah dari apa yang kita jangkakan. bukan lemah dari tenaga tetapi lemah dari segi pemikiran.. masih ada lagi yang tidak sedar tentang tujuan sebenar mereka dilahirkan di dunia ini. masih lagi terumbang ambing dengan keseronokan duniawi sehingga lupa yang mana darat dan yang mana laut.. hanyut di dalam kotak hidup yang sentiasa terkunci oleh ringgit malaysia dan hiburan laknatullah..

Mengapa hati manusia sentiasa ditutupi oleh garisan dan titik hitam kehidupan sehinggakan kebaikan yang dilakukan hanyaa sebesar zarah atom yang belum tentu dapat menutupi besarnya simbahan dosa di dalam hati mereka.. saya yang tersangat jahil ini ingin mengingati kita semua samada yang besar pangkatnya mahupun kecil zakatnya yang hidup ini hanyalah ujian.. lulus atau tidak terletak di tangan yang Maha Mengadili..

Saturday, August 8, 2009

Wahai hati..

Entah mengapa semalam hati saya tidak setenang hari-hari sebelumnya.. Saye rase ade sesuatu yg terlalu berat bergantung dihati dan perasaan saye ini.. Dari pagi hati ini tidak seceria seperti pagi-pagi yang telah saye lewati sebelum ini.. Saye tidak pasti apa yang membuatkan hati ini terlalu sedih.. Puas sudah saye menahan kesedihan itu tp saye akui yang saye tidak sekuat mane. Semakin lame saye bertahan semakin sakit hati saye ini. Akhirnya saye gagal untuk bertahan. Dan tanpa disedari hati saye menjadi terlalu sebak lalu titisan-titisan jernih itu gugur jua.. Titisan itu bertukar menjadi hujan lebat akhirnye.. Wahai hati ku, bertenanglah... Ya Allah, kuatkan semangatku untuk meneruskan hidup ini..Permudahkanlah jalan hidupku ini.. Amin..

Thursday, August 6, 2009

me the tourist guide

Photo2 dibawah ini adalah sumbangan dr kawan saya yg sama² berkursus di Melaka.. Memandangkan mereka ini bukan orang Melaka, so saye la yang seharusnya membawa diorng jalan kat Melaka ni.. ini adalah dr group pertama.. group ke2 dan seterusnya malas nak menepekkan pic diorg..
pintu gerbang ke Melaka River Cruise

tetibe je tiket saye hilang..


finally.. jumpe jugak..

tgh tunggu nak naik boat..

Pemandang di pesisiran sungai

eye on Melaka..

tgh menikmati keindahan disepanjang sungai melaka..

me + en. khalid dari caw. kej. mekanikal kesihatan..

syed + me + baiti..

baiti dari hq caw. kej. mekanikal unit pendidikan.

Syed dari unit kesihatan..

posing lagi..

Tuesday, August 4, 2009

Out to Pulau Besar..

Ke mana pula saye nak pegi ni.. naik boat ditengah² laut tu..


Saye pergi lawatan tapak di Pulau Besar Melaka untuk projek Pembinaan Muzium Pulau Besar Dan Muzium Kapal Selam di Pulau Besar, Melaka.




Skop kerja yg kitorang kene buat iyelah menukarkan bangunan sediaada yang pada dahulunye adelah restoren untuk dijadikkan muzium.. kerje² adalah sangat menyusahkan.. banyak bende nak kene buat memandangkan bangunan yang sedia ada pun macam segan² nak hidup dan takut² nak mati. projek ini dijangka akan menelan belanja yang sangat tinggi memandang lokasinya terletak di pulau..




sebelah muzium ade banyak makam.. panjang² lak kubur dia.. ade satu tempat tu dikepung. kat situ ade 7 makam yang panjang².. kat situ x leh amik gambar.. tempat suci kate nye...



saye x sempat nak taip² panjang.. malam ni saye ade kursus selama 3 hari disambung pulak menjadik urusetia selama 2 hari..

Saturday, August 1, 2009

kangan bangat..

hari ini adalah hari yg sangat membosankan. mlm td saye balik kol 3 pagi. hang out bersama abg n kakak ipar saye.. g mkn, karaoke & bowling.. tu mmg hobby abg saye.. saye di sini hanye melayankan saje.. kakak ipar saye kan preg. so saye la jdk teman dan lawan kepada abg saye.. 6.30pg td ibunda terchenta dah kejutkan.. Along saye balik dr Johor ajak bfast sesame.. nak tak nak terpakse jugak bangun.. dah la hujan pagi td.. alangkah indahnye kalau dapat tidur tanpa gangguan.. hehehe...

lepas abis bfast x tau nak buat ape.. lepak je kat umah.. borinknye la.. disebabkan xde keje, saye pun bukak la folder album dolu2.. dan suddenly saye sangat rindu dengan teman2 saye yang kat bawah ni.. saye nak sangat5x jumpe diorng lg.. tp bile ek..