Friday, August 21, 2009

Sometimes Kita Tak Perlukan Irama Dalam Nyanyian..

Dalam diri kita telah dijadikan hati…dalam hati kita telah dijadikan perasaan dan dalam setiap perasaan diciptakan naluri yang berbeza..mengapa harus manusia mempunyai perasaan dan mengapa harus naluri tiba-tiba muncul ketika kita berfikir..ini kejadian yang Maha Pencipta..Allah memberikan kita kelebihan lebih dari ciptaanNya yang lain iaitu hati dan perasaan..tapi masih ada lagi makhluk lemah ini yang masih belum sedar bahawasanya mereka ini sangat istimewa berbanding makhluk-makhluk yang lain..masih lagi berlagak..masih lagi dengki..masih lagi belum sedar antara baik dan buruk kelakuan mereka..

Di sini saya bukan mahu berceloteh atau mengadu tetapi saya telah sedar yang kita ini sebenarnya tersangatlah lemah dari apa yang kita jangkakan. bukan lemah dari tenaga tetapi lemah dari segi pemikiran.. masih ada lagi yang tidak sedar tentang tujuan sebenar mereka dilahirkan di dunia ini. masih lagi terumbang ambing dengan keseronokan duniawi sehingga lupa yang mana darat dan yang mana laut.. hanyut di dalam kotak hidup yang sentiasa terkunci oleh ringgit malaysia dan hiburan laknatullah..

Mengapa hati manusia sentiasa ditutupi oleh garisan dan titik hitam kehidupan sehinggakan kebaikan yang dilakukan hanyaa sebesar zarah atom yang belum tentu dapat menutupi besarnya simbahan dosa di dalam hati mereka.. saya yang tersangat jahil ini ingin mengingati kita semua samada yang besar pangkatnya mahupun kecil zakatnya yang hidup ini hanyalah ujian.. lulus atau tidak terletak di tangan yang Maha Mengadili..

No comments: