Wednesday, March 31, 2010

Sudah Tua Ke??

Yeay!! lagi beberapa minit dan saat ke pukul 2 pagi, genaplah usia aku 17 tahun. oopss sorry.. kene tambah lg 11 tahun.. totalnye 28 tahun..

Mengikut surat beranak yang aku simpan dulu, aku dilahirkan pada 31 mac 1982 genap jam 2 pagi di Hospital Besar Melaka. Jantina aku adalah perempuan dan berat mase dilahirkan aku lupe la pulak.. Oleh itu hari ini adalah hari jadi aku yang ke-28 tahun. Wah, aku masih remaja muda belia!!

Rasa kejap sangat masa berlalu. Masih segar kat ingatan aku tahun lepas semasa hari jadi aku yang ke-27. Aku berada di mana dan dengan siapa. aku celebrate befday kat medan ikan bakar crystal bay.. kebetulan lak befday aku same dgn anak buah aku.. semua adik beradik aku ade mase tu kecuali along.. Along kat Johor x pat nk join..

Kali ni dah yang ke-28 pula ye? errmm.. Dalam masa setahun ni, banyak perkara yang telah aku lalui. Perkara yang sama dan mungkin juga perkara yang pertama kali dalam hidup aku. Aku rasa diri aku sekarang dah totally berubah dari aku yang sebenar. tp nakal tu still ade lg sikit la.. Aku bukan Yati pada usia 27 tahun lepas. Mungkin sebab revolusi masa membuatkan aku begini. Entahlah. Aku pun tak tahu. yang pasti 2 thn kebelakangan ni aku rase aku lebih berdikari utk teruskan kehidupan aku..

Dalam usia aku yang ke-28 tahun ni, aku rasa hidup aku dah separa lengkap. Apa yang aku mahukan setakat ini sudah tersedia di depan mata. dan aku rase beruntung kerana aku masih ade lagi ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap aku, family yang bahagia, adik-beradik yang mengambil berat pasal aku, sahabat baik yang sentiasa menyokong aku.. cume aku belum ade teman hidup je.. insyaallah akan aku carik lg separa yg hilang itu.. Hidup aku bukan objektif tetapi subjektif untuk aku teruskan...

Ya Allah, Alhamdulillah kerana Kau masih lg mengizinkan aku untuk terus bernafas di bumi Mu sehingga ke saat ini. Ampunkan segala dosa hamba-Mu ini kerana aku hanyalah seorang insan yang kerdil lg lemah.. Berikanlah aku kekuatan dlm menempuhi segala dugaan Mu dgn tenang dan redha.. Murahkan rezeki ke atas ku, keluarga ku serta sahabat handai ku yg lain.. tetapkan iman ku dlm mensyukuri nikmat yg telah Engkau berikan kepada ku.... Ya Allah ya Tuhanku, temukan aku dgn jodoh yg terbaik untuk ku yg boleh membimbingku ke jalan Mu... Amin..


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

No comments: