Monday, September 14, 2009

Di Penghujung Bulan Ramadhan.

Salam..

Ramadhan kali ini kian melabuhkan tirai tidak lama lagi. Cepat rasanya masa berlalu.. Seakan tidak percaya sekarang ini sudah berada betul-betul di penghujung Ramadhan.. Ramadhan bagaikan baru sahaja bermula tapi hakikatnya, ia sudah mahu melabuhkan tirainya.

Di sini dapat saya simpulkan betapa 11 bulan yang telah berlalu, rutin kebiasaan saya telah berjaya membina satu lapisan karat mazmumah yang makin menebal pada setiap detik kerana sikap acuh tak acuh atau ungkapan yg selalu disebutkan ‘tak apa’… atau sekadar mengambil mudah menganggap ianya sekadar dosa-dosa kecil… atau mungkin langsung terlepas pandang dari muhasabah diri… Sebagai akibatnya…bukan mudah untuk menghakis kembali karat-karat yang jika dapat dizahirkan oleh pandangan mata sama seperti kita melihat besi-besi buruk yang yang sudah berkarat.. betapa tiada nilainya..

Akan terampunkah dosa-dosaku ini…
  • melebihkan urusan dunia hingga melewatkan waktu solat
  • adakalanya tidak menjaga aurat dengan sempurna
  • lalai dalam solat
  • membaca Al-Quran hanya ketika mempunyai waktu lapang
  • menyakiti hati ibubapa sama ada sengaja atau tidak
  • lalai menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja
  • mencuri masa membuat kerja lain sewaktu berkerja sama ada sengaja atau tidak
  • tidak menjaga mata dari melihat perkara-perkara yang lagha
  • tidak menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang haram
  • tidak menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu
  • lalai dalam menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia
  • dan.. dan…banyak lagi dosa-dosa yang tak mampu disenaraikan…

Ya Allah…mampukah hambaMu ini menahan malu... di saat satu persatu kesalahanku bakal dihakimi di mahkamah agungMu kelak nanti dan yang pasti tubuh kerdil ciptaan Mu ini pasti tak akan mampu menahan azab Mu yang amat keras..

No comments: