Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Salam.

Sudah masuk hari ke-2 umat Islam menyambut Aidilfitri. Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Ampun dan maaf andainya diri ini terkasar bahasa dalam bicara, tersilap bicara semasa bersama, termarah yang tidak kena tempatnya, tertanya tidak tentu hala, tersasul yang tidak sengaja, terpukul kat mana-mana, terpekik kuat di telinga, terhantuk terketuk di kepala, terpinjam terambil harta & benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila ada cerita, teremail benda yang tak sepatutnya diterima dan .. Di hari yang mulia ini, dengan segala kekurangan dan kerendahan hati, sepuluh jari saya hulurkan, memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana saya masih bernama manusia pastinya tidak lepas dari membuat dosa. Semoga dimaafkan atas segala kesilapan saya.

No comments: