Tuesday, September 15, 2009

Minggu yang memenatkan

Salam..

Lately ni saya banyak bercerita tentang hati dan perasaan. Sudah lama tidak saye ceritakan tentang kerja saya.. erm.. Skrg ini saya ada banyak projek untuk diselesaikan sebelum hujung tahun ini.. ade 15 Klinik Desa dan sebuah klinik pergigian untuk dinaiktaraf hampir 90% dibawah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi. Projek cooling tower saya di Hospital Besar Melaka Insyaallah akan bermula selepas cuti raya ini. Harapan saya agar kesemua 17 projek ini akan siap seperti yg dirancangkan..

Hari ini saya rasa penat sangat. Tiba-tiba saja banyak kerja yang nak disiapkan sblm cuti panjang ni. Estimate cost utk Kompleks Tadika, pastu kene siapkan design and spec utk sistem lif yang bakal dipasang di pejabat TYT Yang Dipertua Negeri Melaka. Pagi tadi dapat called projek saya di kediaman rasmi Dato' Ali Rustam low water pressure di toilet VIP. Dah nak kene install pump. Nasib baik ade contractor yg sanggup buat keje urgent ni.. Alhamdulillah.. selesai untuk kerja hari ini.. Tapi still ada kerja-kerja yang tertangguh. maybe lepas raya la saye pergi lawat tapak baru. Dah tak larat nak fikir lagi. Tambahan pula batuk saya ni tak jugak baik-baik lg. ubat pun dah nak habis.. tapi batuk ni belum habis lg.. Risau pulak saya.. Harap-harap cepat la sembuh.. dah sanggup lg ni..tolong...

No comments: