Thursday, October 15, 2009

Cerita Saya

Salam.

Hari selasa yg lepas saya dijemput untuk dinner di Mahkota Hotel.. Semasa makan ade la borak-borak kosong dengan staff and contractor.. mereka sibuk bercerita pasal anak masing-masing. saya pula hanye menjadik pendengar.. yela.. saya mane ade anak utk diceritakan.. tapi saye ade jugak selit2 kan kisah saya.. Tapi bile saya balik dari dinner, saye terkenang kembali siapa saya di suatu ketika dahulu..

Sejak dilahirkan hinggalah ke hari ini, kehidupan saya dalam kesederhanaan. Saya bersyukur tiada apa yang kurang pada diri ini. Tetapi kadang-kala perasaan ini sering meronta akibat ketidakpuasan hati terhadap sesuatu atau kecundang dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati. Dari kecil saya pelajari erti kepayahan untuk mendapatkan kesenangan. Diri ini sudah terbiasa dengan sekadar apa yang ada. Sekali-sekala saya kesali nasib diri tapi apabila semakin menempuh usia kematangan, saya mula sedar betapa bertuahnya diri ini. Saya bersyukur terhadap pemberianNya , tapi tidak saya nafikan ada masanya saya terleka. Menempuh zaman kanak-kanak dan awal persekolahan, sungguh indah. Semua yang ada di sekeliling saya memberi semangat untuk saya menjadi seorang yang berguna… saya kenali teman-teman, saya perhati dan fahami hidup berkawan. Semangat saya didorong oleh harapan keluarga kepada saya untuk melihat diri ini menjadi seorang yang berjaya.

Melangkah dari alam kanak-kanak ke alam keremajaan saya semakin didorong pelbagai keinginan… kata-kata emak menjadi pembakar semangat dalam diri ini… kata mak ‘tiada harta benda yang dapat diberikan kepada anak-anaknya melainkan ilmu di dada’. Manfaatkan ilmu sebaik-baiknya untuk kesenangan masa hadapan. Alhamdulillah…kini saya hampir berjaya…

Zaman remaja yang saya harungi biasa saja. Saya punyai teman-teman sebaya pelbagai bangsa dan taraf kehidupan. Mereka membantu menambah ceriakan hidup ini. Dari hari ke hari saya semakin berjaya dalam pelajaran…tahap demi tahap saya lepasi dengan baik sekali… Tika itu saya mula sedar, ada saja peluang yang menanti. Saya harus berusaha agar lebih berjaya. Tamat pengajian menengah, saya timba pengalaman bekerja, walau seketika amat besar maknanya hingga saya mampu memiliki kemahuan saya dengan pendapatan sendiri. Saya sedar. Saya tidak boleh hanya menunggu dan bekerja hanya sekadar dengan tahap itu pencapaian akademik saya. Kekalutan zaman milenium dan globalisasi membuat saya sedar bahawa saya perlu teruskan perjuangan mencari ilmu agar tidak tersisih dalam zaman yang serba canggih. Saya lanjutkan pengajian di IPT. betapa saya bersyukur kerana terpilih menjejakkan kaki ke IPT.

Semasa di IPT, hidup saya mengalami sedikit perubahan… tinggal berjauhan dari keluarga saya rasa janggal sekali…bercucuran air mata namun saya gagahi jua. Di kala itu hanya semangat dan teman-teman seperjuangan menemani hidup ini. Semakin lama semakin banyak perubahan saya alami.. saya mula kenal erti cinta, tapi malangnya ikatan yang cuba disimpul mati terlerai jua…mungkin dia bukan orangnya. Aku cuba mengawal emosi. Syukur, Allah memberikan kekuatan untuk saya hadapi dengan tenang.. mujur aku tidak menjadi seperti orang lain yang putus cinta…'frust menonggeng’ lah jawabnya…!!

Di kalangan rakan-rakan saya semua, kini saya masih sendiri… Sering saya terfikir, apa masalahnya?? Mungkin akibat kurang keyakinan dan rasa rendah diri yang terlalu mendalam…saya tak mahu bercinta lagi buat masa ini… mungkin sebenarnya saya serik…… Melihat rakan-rakan yang berteman saya mula rasa kesepian… perasaan rendah diri semakin menebal… Saya sedar usia ini semakin menginjak dewasa tapi perasaan sering menghantui fikiran… Saya cuba abaikan perasaan ini... semakin saya lari, semakin dekat perasaan itu membelenggu saya... Berbekalkan kata-kata…'ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan’… saya lalui saja aliran kehidupan saya seperti seadanya…

Saya sedar, tidak sepatutnya diri ini merasa kurang keyakinan dan rendah diri kerana setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing… Saya akur dengan ketentuanNya…

No comments: