Monday, February 1, 2010

Aku insan terpilih

Dear diary..

Kenape ye hati ini masih rawan? untuk apa perlu dirisaukan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan.

Wahai diriku yang lemah.. Biarkan yang berlalu terus berlalu kerana yang berlalu tidak mungkin akan berlaku lagi. Past is past, done is done. Yang penting adalah bagaimana aku mengambil ibrah dan iktibar dari apa yang telah aku lalui, agar dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Ada org cakap sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah ia akan menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Tetapi Setinggi mane kesabaran ku dlm menghadapi dugaan Allah?

Aku yakin, Allah tidak menciptakan sesuatu hanya untuk sia-sia, walau sebesar zarah sekalipun, pasti ada hikmah yang tersembunyi, cuma terserah kepada kita bagaimana mahu mengambilnya sebagai iktibar. Di sebalik kesulitan itu ada kemudahan, InsyaAllah..

No comments: