Sunday, November 22, 2009

Sahabat

Salam

Setiap orang dianugerahkan Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing2. Begitu jugak dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing2..

Begitu jua dalam soal persahabatan.. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi.. Ada sahabat yang kasar tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal tetapi suka mengambil berat dan ada juga sahabat yang garang tetapi sebenarnya penyayang.. Ade pelbagai corak sahabat yang kita temui setelah bersahabat dengan seseorang.

Saya bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan sahabat2 yang sangat baik walaupun mempunyai pelbagai kerenah.. bg saye itu adelah pengalaman yg terindah ketika bersama mereka ketika melalui liku2 kehidupan di muka bumi Allah ini..

Dalam persahabatan perlu ade byk elemen2 penting.. antaranya keserasian, kasih sayang, keikhlasan, kejujuran dan jua kemaafan.. ye.. dalam persahabatan kita tidak lari dgn perselisihan faham.. tidak kira sekecil2 zarah atau pun sebaliknya.. Sekiranya sahabat kita penah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat..

So, ingin saye nyatakan di sini bahawa sebagai insan yang lemah saye menyusun jari memohon seribu ampun pada sahabat2 saye sekiranya ada diantara kalian yang berkecil hati dengan saye.. Tiada niat untuk menyinggung perasaanmu wahai sahabatku.. buang yang keroh, ambil yang jerneh.. i love u all my frens..

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

No comments: