Thursday, November 5, 2009

Ayam Penyet

Salam.

Saye x tau la why lately ni mmg ngidam2 sgt nak makan NASI AYAM PENYET.. mcm org preg. pulak.. Serius ye nak makan ni.. hari tu mase pegi MITC ade perasan satu restoran tu ade menu nasi ayam penyet.. tp bile tgk dalam kedai mcm owner dia cina.. so terus x jadik makan.. was2 lak ayam tu nanti sembelih ke tidak.. x moh aku mkn ayam x sempat ngucap... nak try buat sendiri, tp bile tgk resepi yg panjang berjele terus macam rajin malas and matikan kutu je la.. next week, nk kene pegi mkn gak kat kedai yg lg 1 tu.. nak ayam penyetttt!!!!!

kat sini ade resepi ayam penyet.. kalau korang rajin, sila2 la buat pastu post sikit kat saye ye...

Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.

Cara hidangan
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba...

5 comments:

shiela said...

pebende ayam penyet ni..mcm sengau je bunyinye..haha

Unknown said...

jenis masakan tu shiela. erm, yati ni kalo pregnant ntah ape la pulak yang dia mintak.. aku ni salu kawal-kawal emosi je.. so far alhamdulillah... takde pun. tak tahu la pasni.. cuma memang ya, mood pregnancy kali ni asik nak makan ayam je. time balqis aku ske ikan. tu bukan mengidam kan.. cuma selera lebih ke arah ayam atau ikan. takpe2. dua2 tu daging putih (hahaha takmo kalah sbb takut nak cakap badan da naik ;p)

YaTie IzaTie said...

aku slalu je dgr org ckp ayam penyet ni sedap.. dah lame mencari kat mlk.. baru2 ni je jumpe si ayam ini.. tp lom sempat rase lg.. aku kan suke bile ayam diperap2 camni.. rase dia memang sodap la kan..

lin, badan ko dah naik sgt ke.. meh transfer ckit kat aku ni yg smakin kurus... hhehe..

Unknown said...

haha. memang da naik... muka memang tak nampak pun (macam biasa) tapi badan aku naik la jugak.. kalo leh transfer on9 dah lama aku transfer yati.. ;p

btw, aku nk transfer sikit kat shiela jugak. hahaha

shiela said...

haha..aku taknak..time kaseh je laa..penat okeh aku wat smpai skrg..ni pn dah mcm nak naik balik..tensi..ke sbb da tua jd semakin susah nak berdiet ek