Sunday, November 22, 2009

Gagal Bercinta Adalah Pengalaman Indah

Salam.

Hari ni mcm nak cerite pasal cinta pulak walaupun diri sendiri tahu ape makne sebenar CINTA.. maybe mood bercinta sudah sampai.. hahaha.. bercintakah aku?? semestinya BELUM lagi..

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada korang sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, tentu korang akan tersenyum
.. mcm saye jugak.. senyum sorang2 dalam bilik mcm org gile pulak... hahah.. Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. berkongsi cerita pada org yg betol2 kita boleh percaye..

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya dan mungkin jua bau wangiannye... Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan. Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. ye ke.. siape yg penah melaluinye pasti dapat merasakan kesakitan itu mcm saye.. hahha.. Maka itu, Dinasihatkan usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang korang mahukan. Takut kemudian hari korang sendiri yang akan menyesal sekiranye ade perkara yg x diingini berlaku..

2 comments:

Unknown said...

saye setuju! ceywah. saya pernah gagal dalam dua sebelum the last one. tapi, bila dah kahwin, tak pernah teringat yang pertama apatah lagi yang kedua. tak tahu sebab apa. mungkin semuanya atas dasar experiment? hehahaha. tapi cinta dari suami, adalah yang paling indah untuk dikenang. betul kata yati. pilih dengan syarat. ketepikan semua aspect selain agama. sbb dengan adanya agama, semua akan tersusun dengan sendiri.. :) Insya-Allah! itukan jihad kita dengan Allah.

YaTie IzaTie said...

terima kasih pn. leen.. bagi anda yg telah berumahtangga, cinta si suami adalah paling berharga dan bermakna.. tetapi cinta yang hakiki adalah cinta kepada Yang Maha Esa iaitu Allah s.w.t..